ย 

๐‘๐ข๐Ÿ๐ฅ๐ž ๐‘๐š๐ง๐ ๐ž ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐š๐ง๐ โ€™๐ฌ ๐Ž๐ฅ๐๐ž๐ฌ๐ญ ๐‡๐ข๐ ๐ก-๐‘๐ข๐ฌ๐ž ๐…๐ฅ๐š๐ญ๐ฌ

๐˜•๐˜ฐ๐˜ต๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ด๐˜ญ๐˜บ ๐˜ฌ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ธ๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ด ๐˜ข โ€œ๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ต ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ตโ€ ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ด๐˜ถ๐˜ช๐˜ค๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด in the past, ๐˜ช๐˜ต ๐˜ช๐˜ด ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ธ ๐˜ข ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ด๐˜บ ๐˜ญ๐˜ช๐˜ต๐˜ต๐˜ญ๐˜ฆ ๐˜ธ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ฅ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ ๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฅ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ณ๐˜ญ๐˜บ


Historically, the grounds where the Rifle Range low-cost flats are standing now was once a shooting range used by the British Army and local police during colonial days. Thatโ€™s how it got its name.


It was also the site where victims of the Japanese Imperial Army's Sook Ching massacres were buried. During World War II when Penang was under Japanese occupation, thousands of ethnic Chinese were brutally executed by the Japanese authorities and were buried in mass graves throughout Penang, including at Rifle Range. The remains of the victims would only be uncovered in the 1960s, when the construction of the Rifle Range flats was underway.

"My mum said in the early days, especially those opposite PBA office, excavation works would discover skeletons with hand cuffs, indicating they did not die of natural cause," commented Penang Hidden Gemmer Chin Chon Yen.


Built in 1969 for the urban poor, the low-cost flats are well-known for being the oldest high-rise residential building in the state.


However, because it was the first high-rise building in the state, it also became a popular spot for suicidal people to jump off the top floors of the flats.


โ€œFrom the 1970s up to the 1990s, we regularly have people jumping to their deaths here, to the point that people avoided walking across the centre court area because thatโ€™s where their bodies usually fall,โ€ said Loh Eng Kim, who has lived in Rifle Range since 1971. [1]

Nowadays, there are lesser suicide cases as there are so many high rise buildings everywhere else in the state.


The area now is a cosy little world filled with all sorts of amenities. โ€œThere are quite a number of people who have not left the area. They have all they need here.


โ€œThere are a lot of street food to eat around here. The market sells everything from fresh produce to clothes. Thereโ€™s a klinik kesihatan if they have the sniffles.

"The neighbours are their friends.


โ€œMany of these people do not leave the area unless necessary. Rifle Range is a cosy little world for a lot of people, โ€ says Penang Hidden Gem moderator and licensed tour guide Tiger Tatt who grew up here.


-----------------------------------โ€-----------------------------------

Rifle Range atau dikenali juga sebagai Padang Tembak merupakan flat kediaman tinggi yang tertua di Pulau Pinang.


Terkenal sebagai kawasan yang popular untuk orang membunuh diri pada satu ketika dulu, ia kini menjadi 'syurga kediaman' bagi penduduk di sini.


Dari segi sejarah, tempat di mana flat kos rendah ini berdiri sekarang adalah lapangan menembak yang digunakan oleh Tentera British dan polis tempatan dan dari situlah ia mendapat namanya.


Ia juga merupakan tempat di mana mangsa pembunuhan beramai-ramai Tentera Imperial Jepun Sook Ching dikebumikan semasa Perang Dunia Kedua ketika Pulau Pinang berada di bawah jajahan Jepun. Ribuan etnik Cina dibunuh secara kejam oleh pihak berkuasa Jepun dan dikebumikan di kubur-kubur besar di seluruh Pulau Pinang, termasuk di Rifle Range. Mayat-mayat mangsa hanya ditemui pada tahun 1960-an, ketika pembinaan flat Rifle Range sedang dijalankan.


"Ibu saya mengatakan pada awal pembinaan flat ini, terutama di kawasan bertentangan dengan pejabat PBA, kerja-kerja penggalian akan menemui rangka mayat dengan tangan yang masih bergari, menunjukkan bahawa mereka tidak mati atas sebab semula jadi," komen Chin Chon Yen, pengikut Penang Hidden Gems.


Dibina pada tahun 1969 untuk golongan miskin bandar, flat kos rendah ini terkenal sebagai bangunan kediaman bertingkat tertinggi di negeri ini (pada masa itu). Namun, kerana ia adalah bangunan tinggi pertama di negeri ini, ia juga menjadi lokasi popular bagi orang-orang yang ingin membunuh diri untuk melompat dari tingkat atas flat tersebut.


"Dari tahun 1970-an hingga 1990-an, terdapat banyak kes bunuh diri di sini, sehingga penduduk mengelak berjalan melintasi kawasan tengah bangunan kerana di situlah biasanya mayat mereka ditemui" kata Loh Eng Kim, yang telah tinggal di Rifle Range sejak tahun 1971. [1]


Sekarang, tidak banyak kes bunuh diri yang dilaporkan kerana terdapat banyak bangunan tinggi di tempat lain di negeri ini.


Hari ini, Rifle Range telah menjadi kawasan kediaman dipenuhi dengan pelbagai kemudahan.


"Sebilangan besar penduduk masih menetap di sini. Mereka mempunyai semua yang mereka perlukan di sini. Terdapat banyak gerai makanan, pasar yang menjual segala barangan dari hasil segar hingga ke pakaian. Terdapat juga klinik kesihatan jika mereka sakit dan jiran tetangga menjadi rakan. Kebanyakan penduduk tidak meninggalkan kawasan ini kecuali jika perlu. Rifle Range menjadi 'dunia kecil' yang selesa untuk banyak penduduk di sini." kata moderator Penang Hidden Gems dan pemandu pelancong berlesen Tiger Tatt yang dibesarkan di sini


Teks diterjemah oleh Idora Mufazzal dari Penang Hidden Gems.

[1] https://www.todayonline.com/.../penangs-oldest-high-rise...




19 views0 comments
ย